1 Tuan, baru-baru ini saya ada melayari laman web berkenaan fotografi,saya
terjumpa satu laman web(picturestock.com) luar negara yang menawarkan
jurugambar menghantar gambar untuk dijual. Soalan saya terdapatkah agensi
yang menjalankan perkhidmatan ini di negara kita? Agensi yang menjual
gambar-gambar fotografi(komisen dikenakan pada setiap gambar yang dijual).
2. Saya ada berjumpa dengan pihak bank bertanyakan tentang pinjaman untuk
usahawan fotografi. Namun amat mengecewakan kerana mereka mengatakan para
usahawan yang menjalankan perniagaan secara separuh masa tidak dilayan.
Untuk menjalankan perniagaan fotografi secara sepenuh masa perlu menggunakan
modal yang agak besar. Situasi ini amat mengecewakan saya dan kekadang
terasa hilang semangat untuk berkecimpung secara intensif dalam bidang
yang dikuasai bukan bumiputera. Apa pandangan tuan.?
1.Photo Bank:
Agak baru dan belum ada serius. Kalau ada dulu sekitar 6 tahun lepas saya
ada terjumpa sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan itu. Tapi saya
tak jumpa kuburnya. Jabatan Penerangan, RTM, Filem Negara, BERNAMA dan
semua syarikat akhbar ada membina. Tapi agak terbatas mediumnya. Misal
Jabatan Penerangan Malaysia menyimpan sejarah atau peristiwa negara, pemimpin.
Tapi yang lain tidak.
Mungkin kita
perlukan bank foto untuk sayuran? Kita tak ada? Nak foto buah durian,
Durian Segamat, Durian Hulu Langat, Durian Bukit Selambau Kedah, Durian
Rembau. Kita tak ada!!
Foto bandar-bandar
di Malaysia tak adakan?
Saya sebenarnya
ada idea itu. Tapi kosnya agak lumayan dan kerjanya bukan setahun. Kalau
sesiapa mahu boleh kita kongsi. Bina agensi daftar dengan bebrapa jabatan
kerajaan agar tidak menjadi eligel!! Kalau tidak terjumpa foto Dato XXy
berbogel kita yang kena!! Ini melibatkan resiko. Sebab kerjanya juga penuh
ranjau.
2. Semangat
sdra cukup best. Saya cadangkan elok jangan buat pinjaman dengan hanya
kerja sambilan. Bank nak bagi pinjaman dia kena lihat resiko dan prospek.
Rakan saya (melayu) buka kedai dapat banyak pinjaman dengan Bank. Tapi
dia buat fulltime job. Elok seperti saya kata dulu, register dulu perniagaan,
tunjuk bukti ada bank yang boleh bantu. Kalau sdra di sekitar KL/lembah
Klang, saya boleh bawa jumpa pegawai bank yang juga rakan saya.
Macam kata
kawan saya kalau tak ada lesen perniagaan masak macam mana sedap kita
susah nak bersaing. Yang berniaga roti canai tepi jalan sedap rotinya
tapi mana boleh kaya. Sebab bila nak masuk tender, jabatan kerajaan atau
syarikat nakkan syarikat berdaftar!!